Saya geram ! saya
geram ! dan saya sangat geram !!! Hanya Allah sajalah yang mengetahui betapa
geramnya hati ini sejurus keluar daripada kelas Islamic Finance sebentar tadi..
Pertama, saya geram kerana
seseorang telah menghina serta memperkecilkan kesyumulan Islam, kedua saya
geram kerana saya tidak mampu berkata apa-apa mahupun membantah dengan keras
satu pendapat yang sama sekali tidak benar tentang Islam dan kesyumulannya. Dan
yang ke tiga, saya tersangat geram dan kecewa kerana ia dilakukan oleh orang Islam
itu sendiri… Astagfirullah, pohon kemaafan dari Ilahi andai kegeraman saya
ini tidak berasas…
Sahabat-sahabat sekalian, Islam itu tinggi dan tiada apa yang
lebih tinggi daripada Islam. Segala hukum hakamnya, peraturan-peraturannya, dan
aturan-aturannya begitu indah hingga tiada manusia yang berftrah insani mampu
mencipta perundangan dan sistem seperti itu. Allah Maha Bijak dan tiada apa yang lebih bijak daripadaNya. Allah juga
Maha Mengetahui dan tiada siapa yang lebih mengetahui berbanding Dia.. Jadi,
mengapa kita harus memperkecil-kecilkan aturan-aturan Islam itu sendiri. Di
manakah silapnya ?
Siapa itu Mualim? Dan
Siapa itu murobbi?
Sebelum saya menghuraikan dengan
lebih lanjut perihal lambakan Mualim masa sekarang yang kegersangan nilai-nilai
Murobbinya mari kita kenal dulu sapa itu Mualim dan siapa itu Murobbi dalam
sistem pendidikan masa kini.
Mualim dalam bahasa ringkasnya boleh disebut sebagai guru,
ataupun cikgu dan Murobbi pula adalah seorang guru, ataupun cikgu yang bukan
sahaja mendidik dan mengajar untuk tujuan peperiksaan sahaja tetapi mengajar ,
mendidik serta menyentuh hati anak-anak didik mereka dengan benih-benih
tarbiyah yang mekar mewangi.
Sahabat-sahabat sekalian, adakah wajar jika saya katakan Guru
itu adalah salah satu wahana atau wacana pengerak perubahan si Anak murid ke
arah yang lebih baik ? Jika menurut pandangan peribadi saya, 100% akan saya
katakan Ya dan 0% pula tidak. Kenapa agaknya saya berpandangan sedemikian ?
Satu analogi yang cukup mudah.
Cuba kita rujuk kembali, saban tahun berapa ramaikah pelajar
yang memperoleh A+ dalam subjek pendidikan Islam ? Dan cuba kita bertanya
sekali lagi ? Dari kalangan pelajar yang ramai memperoleh A+ itu seberapa
ramaikah yang betul-betul memahami Islam. Maksud saya yang betul-betul mempraktikkan
cara hidup Islam ? Hakikatnya sangat tidak ramai. Kenapa saya berani berkata
begitu?
Adakah pernah anda lihat pelajar perempuan sekolah agama yang
dahulunya bertudung litup tetapi kini sudah tidak memakai tudung atau bertudung
tidak menutup dada ? Mereka yang tidak pernah bergaul secara bebas kembali
mengamalkan cara hidup bebas ? Kenapa jadi begitu ? Jika benar-benar mereka
mendapat A+ dalam subjek pendidikan Islam, kenapa mereka perlu sama sekali
meninggalkan cara hidup Islam. Jawapannya terletak pada bahu siapa yang
mengajar mereka.
Hal ini kerana, beza seorang mualim dan murobbi itu terletak
pada cara ia mengajar. Seorang mualim akan mengajar supaya hanya mendapat A+
dalam peperiksaan tanpa melalui proses-proses penghayatan ilmu yang sebenar.
Ilmu itu akan benar-benar dihayati melalui pengamalan dan aplikasi yang
menyeluruh dalam kehidupan. Jika hanya untuk tujuan peperiksaan, maka
keberangkalian untuk melupakannya sama sekali adalah tersangat tinggi.
Oleh itu wahai guru, pendidik lecturer dan sebagainya. Marilah
kita menyahut seruan ini. Ramaikan lagi mualim berjiwa murobbi, hatta dalam
bidang apa anda sekalipun gunakan segala peluang dan kesempatan ini untuk
mentarbiyah jiwa anak-anak didik anda ke arah yang lebih baik.
Alangkah ruginya jika anda diberi peluang oleh Allah tetapi anda
tidak gunakannya. Dan alangkah ruginya jika anda mempunyai pelajar-pelajar
bukan islam yang ingin tahu sistem perundangan Islam tetapi anda
memburuk-burukkan sistem itu sendiri . Di manakah letaknya jati diri anda sebagai
seorang Muslim? Malulah kamu.
Sistem perbankan Islam. Kenapa majoriti pelajar di kelas saya
majoritinya bukan Islam ? Kenapa lebih 70% pengguna bank Islam adalah terdiri
daripada golongan bukan Islam ? Di sini saya menyahut cabaran untuk mempelajari
asas-asas perbankan islam dengan lebih terperinci lagi walaupun sama sekali
berbeza dengan cabang bidang yang saya ambil. Kenapa?
Hakikatnya adalah ramai orang Islam mengaku tahu tetapi
sebenarnya mereka tidak tahu ? Mereka pura-pura banyak ilmu tetapi mereka
sebenarnya tidak tahu. Perbankan Islam .. Asas yang mereka tahu hanyalah “no
riba’ ” Tahukah anda bahawa , riba’ itu haram dan ditegah secara keras oleh
Allah.
Nabi saw bersabda:
“Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam
keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36kali” (Musnad Ahmad. Al- abani mengatakan sahih
dalam Ghayat al Maram fi takhrij Hadis al halal wa al haram li al Qaradhawi,
halaman 103)
- Rujuk Zaharudin.net
Hakikatnya orang kita pura-pura tahu dengan cuba tidak ambil tahu. Mereka takut
akan hakikat kebenaran itu. Rakan -rakan sekalian, jika anda punyai ruang dan
peluang, marilah kita pelajari sistem perbankan Islam ini. Ini bukan satu
keharusan tetapi satu kewajipan. Tegakah anda lihat, majoriti pelajar-pelajar
islamic finance ini majoritinya bukan Islam? Tegakah juga anda bahawa
pakar-pakar dalam bidang ini adalah mereka yang bukan Islam ? Mana perginya
kita ? Tepuk dada tanyalah diri…. wallahualam
No comments:
Post a Comment